Dalam kegelapan aku bercanda,
Bersama siapa? Soalan yang masih ku tanya,
Persoalannya, kenapa?
Kenapa dalam kegelapan, kenapa masih bercanda, kenapa berseorangan?
Ramai kata cinta itu buta, kerana itu aku cuba bercanda dalam kegelapan.
Ramai kata cinta itu serius, kerana itu aku bercanda.
Ramai kata cinta itu milik dua hati. kerana itu aku cuba bicara berseorangan.
Aku bukan romantis, aku bukan jiwang, aku cuba memahami hidup
Mengisahkan apa yang terlintas di fikiran
Menulis segala apa isi dan rintihan hati.
Kerana aku tahu, tidak ramai yang berani mengaku cinta,
Ini bukan kisah melayan perasaan atau emosi,
Ini hanya hati yang perlu diterjemah menjadi kata-kata.
Hidup dan Cinta itu ujian.
Hiduplah dengan kasih sayang dan Cintalah dengan keikhlasan.
No comments:
Post a Comment